Thursday, June 2, 2016
Lancar kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Punca
Lancar kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Punca
Kuala Lumpur – Persatuan Lestari Alam Malaysia yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengambil inisiatif menjayakan kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Punca yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2016. Di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) semua isi rumah dan premis di wajibkan mengasing sisa pepejal dalam usaha menangani masalah peningkatan sisa pepejal yang semakin merungsingkan lewat ini.
Lestari Alam yang merupakan Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar dan Rakan Kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur telah pun mengorak langkah dengan mengadakan kempen bina upaya dengan mensasarkan kempen ini ke sekolah di 7 buah negeri yang tertakluk dengan Akta 672 dan juga salah satu usaha menjayakan Anjakan ke 9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara menyeluruh dalam memastikan keberhasilan murid.
Lestari Alam memilih Belum Rainforest Resort Malaysia yang terletak di Gerik, Perak Darul Ridzuan sebagai lokasi pelancaran kempen memandangkan pusat peranginan juga memainkan peranan untuk mendidik masyarakat dalam memastikan usaha kerajaan ini dapat di perluaskan. Pengurus Operasi Belum Rainforest Resort Malaysia, Encik Raja Kamal Bashah amat menyokong usaha yang dilaksanakan persatuan dan beliau amat prihatin dalam memastikan usaha ini dapat diperluaskan terutamanya di kalangan kakitangan dan keluarga mereka. Beliau juga menyokong usaha persatuan untuk mewujudkan pusat kompos untuk sisa makanan di sini dan hasil baja kompos akan digunakan untuk menyuburkan tanaman sedia ada di sini. Beliau juga mengulas untuk mewujudkan aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak yang akan menekankan aktiviti pengasingan sampah dan juga pertanian alternatif seperti hidroponik dan urban kit yang merupakan kaedah penanaman tanpa mengunakan tanah bagi menarik minat kanak-kanak dalam menceburi bidang pertanian khususnya di bandar.
Presiden Persatuan Lestari Alam Malaysia, Saudara Rashdan Rashid amat prihatin terhadap usaha Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dalam memastikan semua pihak berganding bahu menjayakan usaha ini. Beliau akan mengunakan kaedah National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk menarik semua pihak bekerjasama dalam mendidik kanak-kanak seawal umur 5 tahun untuk mengadaptasi aktiviti pengasingan sisa pepejal secara komprehensif. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun memberi sokongan yang positif untuk persatuan memperkasakan usaha kempen ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara, ujar beliau. Sekiranya ada pihak yang berminat untuk menjalinkan usahasama amatlah dialukan dan boleh menghubungi beliau di talian 010 226 0296 atau email kepada info.lestarialam@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment